LAJUKAN INTERNET DENGAN DNS JUMPER 2.1


Sekarang dah masuk tahun 2018 , akses internet telah menjadi seperti satu keperluan bagi setiap masyarakat dunia.Namun, dalam arus teknologi internet yang semakin ke hadapan,kita masih terganggu dengan masalah-masalah intenet seperti masalah kelajuan yang kadang-kadang cukup menggangu aktiviti pelayaran kita.Tetapi, terdapat altenatif atau tweak yang boleh di cuba bagi mengurangkan masalah ini.Kaedah yang akan saya cuba aplikasikan ini adalah dengan menukar DNS kepada DNS yang lebih pantas.sebelum kita terlajak lebih jauh.Pastikan anda tahu,apa itu DNS.DNS secara jelasnya di terangkan oleh Amanz.my pada pautan berikut MARI MENGENALI DNS.


Tutorial pada kali ini saya akan menerangkan cara menggunakan DNS jumper untuk mencari DNS terpantas :


APA YANG ANDA PERLUKAN

1. Otak Dan Akal - Compulsory.
2. Muat Turun Perisian DNS JUMPER 2.1.ZIP
REMARK : Selesai muat turun sila extract file anda dalam satu folder.

LANGKAH SETERUSNYA
1. Klik pada DnsJumper.Exe , maka paparan berikut akan muncul.



2. Klik Pada Fastest DNS



3. Klik pada Turbo Resolve - unit ukuran adalah millisecond,jika tidak pasti tetapkan default.






4. Klik pada Start DNS Test


5. Tunggu sehingga selesai , maka DNS terpantas akan di paparkan sebagai hasilnya,
Klik pada Apply DNS Server.



Selesai..!!

Note : Selain daripada melajukan internet, anda juga boleh melayari laman web yang telah di sekat.